SEKAPUR SIREH

TERATAK DARUSSALAM Agro Farm,
FELDA LUBUK MERBAU, PADANG TERAP, KEDAH.
merupakan sebuah ladang ternakan yang diintegrasikan dalam ladang kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Projek ini merupakan wawasan terakhir salah seorang PENEROKA FELDA LUBUK MERBAU, Allahyarham Hj Isa bin Abdullah (bapa pengusaha) yang berhasrat untuk menjadikan ladang pemberian FELDA kepadanya sebagai salah satu ladang ternakan dan pertanian komersil. Semoga impian murni ini mengiringi perjuangan kami ke arah memartabatkan ekonomi diri, keluarga dan seluruh ahli kumpulan niaga, InsyaAllah...

MATLAMAT KAMI


Industri ternakan kambing di negeri Kedah ini masih belum dilakukan dengan komersil lagi. Ini mungkin disebabkan oleh tanggapan masyarakat bahawa pemelihara kambing perlukan keserasian dengan kambing untuk membolehkan kambing hidup dengan baik. Memandangkan permintaan terhadap daging kambing yang meningkat terutama semasa musim perayaan serta keperluan untuk ibadah akikah maka satu projek ternakan kambing integrasi ladang kelapa sawit dan dusun dirancang dan telahpun dilaksanakan secara kecil-kecilan di satu kawasan pinggir Felda Lubuk Merbau sejak Julai 2012 lagi. 
Daging kambing yang mempunyai pasaran yang tersendiri serta mempunyai nilai khasiat yang tinggi boleh dikomersialkan dengan perancangan serta strategi pemasaran yang berkesan. Kemampuan projek ini berdayamaju bergantung kepada strategi pemasaran serta kemampuan menguruskan kos operasi dengan effesien. Kertas kerja ini menerangkan konsep asas projek serta pelan pemasaran yang boleh digunakan bagi mencapai matlamat iaitu berjaya mencapai keuntungan pada tahun kedua projek dilaksanakan. Ianya disediakan berdasarkan pengalaman serta tunjukajar yang diberikan oleh pelbagai pihak termasuk dari Pengurusan Felda Lubuk Merbau, Pertubuhan Peladang Kawasan (Naka), Jabatan Perkhidmatan Haiwan serta rakan peternak semua.


MATLAMAT

Ke arah pembentukan kumpulan generasi muda yang mempunyai semangat dan daya juang yang tinggi demi memartabatkan ekonomi diri dan keluarga melalui bidang industri asas tani. Projek ini juga merupakan kesinambungan dari kejayaan penternak-penternak lembu yang sedia ada. Projek ini juga di jangka mampu menjadikan Felda Lubuk Merbau sebagai antara penyumbang kepada pengeluaran bekalan daging ternakan untuk keperluan pasaran di Malaysia.


OBJEKTIF
         Projek ini di jangka dapat:
  • Menambahkan lagi kelompok penternak lembu/kambing di dalam kawasan Felda Lubuk Merbau.
  • Meningkatkan pengeluaran bekalan daging lembu/kambing untuk memenuhi keperluan pasaran.
  • Membentuk rangkaian penternak sehingga mampu mengimbangi keperluan pasaran semasa.
  • Meningkatkan nilai komersil dan mampu meneroka pasaran luar dalam bentuk daging segar ataupun sejuk beku (Frozen).
  • Mengukuhkan Pasukan Kawalan Kecurian di kalangan penternak-penternak seterusnya mampu mengurangkan risiko kecurian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan