SEKAPUR SIREH

TERATAK DARUSSALAM Agro Farm,
FELDA LUBUK MERBAU, PADANG TERAP, KEDAH.
merupakan sebuah ladang ternakan yang diintegrasikan dalam ladang kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Projek ini merupakan wawasan terakhir salah seorang PENEROKA FELDA LUBUK MERBAU, Allahyarham Hj Isa bin Abdullah (bapa pengusaha) yang berhasrat untuk menjadikan ladang pemberian FELDA kepadanya sebagai salah satu ladang ternakan dan pertanian komersil. Semoga impian murni ini mengiringi perjuangan kami ke arah memartabatkan ekonomi diri, keluarga dan seluruh ahli kumpulan niaga, InsyaAllah...

Jumaat, 14 Februari 2014

NORRHISS Baja Organik


PENDAHULUAN

Pemprosesan dan pengeluaran baja organik yang berasaskan tinja kambing merupakan salah satu penghasilan produk hiliran daripada Projek Ternakan Kambing yang telah diusahakan sejak Ogos 2012. Lokasi projek bertempat di Ladang Kelapa Sawit milik keluarga di Felda Lubuk Merbau, Mukim Tekai Kiri, Padang Terap, Kedah. Berbekalkan teknik pemprosesan baja tradisional daripada tinja kambing yang diwarisi dari keluarga, kami telah mengkaji kesan penggunaan baja yang telah diproses kepada Pokok-pokok buah-buahan, hiasan dan sayur-sayuran. Alhamdulillah, daripada penggunaan baja yang telah dihasilkan mengikut kaedah tradisional ini, menunjukkan kesan yang baik dan cepat kepada tumbuhan. Keputusan positif dari pemerhatian yang telah kami jalankan, memberikan keyakinan kepada kami bahawa baja berasaskan tinja kambing yang dihasilkan mampu mendapat tempat dikalangan peminat tumbuh-tumbuhan. Kami amat berharap melalui usaha yang telah kami jalankan ini, mampu mendapat perhatian, sokongan dan bimbingan dari pihak-pihak yang terlibat dalam sektor ini, agar produk yang kami hasilkan ini semakin berkualiti dan memberikan sumbangan dan faedah yang besar terhadap sektor pertanian di Malaysia. InsyaAllah.
  
  
MISI DAN OBJEKTIF

Pengeluaran produk Baja Organik ini merupakan kesinambungan dari perniagaan dan perusahaan yang telah dijalankan sejak tahun 2009 oleh NORRHISS SHOP TRADING. Selain memberikan sumbangan kepada masyarakat melalui sektor perkhidmatan yang sedia ada, pihak kami  sedang berusaha ke arah mengembangkan lagi perniagaan ini menerusi sektor industri pertanian, penternakan dan teknologi hijau sehingga mampu mengeluarkan produk yang terbaik mengikut keperluan pertanian semasa. Melalui pengeluaran Baja Organik NORRHISS ini diharap :-
i.                   Dapat memberikan kesan yang terbaik kepada semua jenis tanaman
ii.            Dapat meningkatkan pendapatan dan prestasi perniagaan sehingga  mampu bersaing di peringkat antarabangsa,
iii.             Mampu memberikan sumbangan kepada industri dan teknologi asas tani di Malaysia.
iv.              Mampu membuka peluang-peluang pekerjaan kepada generasi muda setempat.
v.                 Dapat menangani masalah pencemaran bau dan gas ammonia di dalam kandang yang boleh membahayakan ternakan

vi.              Dapat menguruskan sisa buangan ternakan menjadi bahan yang berfaedah kepada keperluan tanaman.


TESTIMONI
NORRHISS Baja Organik