SEKAPUR SIREH

TERATAK DARUSSALAM Agro Farm,
FELDA LUBUK MERBAU, PADANG TERAP, KEDAH.
merupakan sebuah ladang ternakan yang diintegrasikan dalam ladang kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Projek ini merupakan wawasan terakhir salah seorang PENEROKA FELDA LUBUK MERBAU, Allahyarham Hj Isa bin Abdullah (bapa pengusaha) yang berhasrat untuk menjadikan ladang pemberian FELDA kepadanya sebagai salah satu ladang ternakan dan pertanian komersil. Semoga impian murni ini mengiringi perjuangan kami ke arah memartabatkan ekonomi diri, keluarga dan seluruh ahli kumpulan niaga, InsyaAllah...

Isnin, 13 Mei 2013

PERKONGSIAN PENGUSAHA:SEJARAH PAHIT MANIS PEMBUKAAN NORRHISS AGROFARM

KUMPULAN PENGUSAHA NORRHISS AGRO FARM

PENGARAH URUSAN : PN NOOR ASHIKHIN BINTI ROSELY
PENGURUS PROJEK   : EN ROSMIZAN BIN HAJI ISA
PENGURUS LADANG : EN HUSZAINI BIN HUSSIN
PEN PENGURUS LADANG :  1. EN MOHD SUBQEY B OTHMAN
                                                  2. EN ALI THAHIR BIN ABDUL RAHMAN
BIMBINGAN : EN SUKRI B ABD RAZAK (Penyelaras Belia Felda Lubuk Merbau)

Pembukaan Ladang Agro Norrhiss ini telah bermula sejak tahun 2009 lagi. Projek ternakan yang pertama diusahakan di sini ialah PROJEK TERNAKAN AYAM KAMPUNG INTEGRASI dengan kapasiti sebanyak 1000 ekor yang diusahakan diatas tanah milik keluarga seluas 6 Hektar. Walaubagaimanapun, projek pertama ini hanya mampu bertahan selama 3 pusingan sebelum mengalami kegagalan dan kerugian yang besar disebabkan serangan penyakit sampar dan kekurangan pengalaman dan ilmu oleh pengusaha sendiri. Ladang ini terpaksa ditutup lebih satu tahun berikutan kekurangan modal pusingan akibat kerugian yang dialami.

Atas minat,semangat dan dorongan yang kuat dari keluarga dan beberapa orang sahabat ternak di Felda Lubuk Merbau, NORRHISS AGRO FARM telah membentuk kumpulan pengusaha baru yang terdiri dari rakan-rakan belia ternak Felda Lubuk Merbau. Dengan mengambil kira faktor kos makanan dan penjagaan, NORRHISS AGRO FARM tanpa putus asa memulakan semula projek kedua iaitu PROJEK TERNAKAN KAMBING INTEGRASI.

reban ayam yang diubahsuai menjadi kandang kambing bermodalkan RM5

Penggunaan Buluh dan kayu terpakai bagi menjimatkan kos
Bermodalkan RM5 untuk membeli paku, kumpulan pengusaha telah berusaha untuk mengubahsuai salah satu reban ayam menggunakan buluh dan kayu terpakai untuk dijadikan asas kandang kambing Ala Tradisional. Disebabkan ketiadaan modal, terpaksa memulakan projek ternakan ini dengan menerima kambing-kambing yang dipawah daripada rakan ternak setempat. kemasukan 13 ekor induk dan 1 ekor pejantan baka katjang/tempatan yang dipawah, telah memberikan sinar kepada NORRHISS AGRO FARM untuk terus mengembangkan dan mempelbagaika projek ternakan di ladang ini.


induk dan pejantan yang dipawah pada peringkat permulaan.





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan