PENDAHULUAN
Pemprosesan dan pengeluaran baja organik yang berasaskan tinja kambing
merupakan salah satu penghasilan produk hiliran daripada Projek Ternakan
Kambing yang telah diusahakan sejak Ogos 2012. Lokasi projek bertempat di
Ladang Kelapa Sawit milik keluarga di Felda Lubuk Merbau, Mukim Tekai Kiri,
Padang Terap, Kedah. Berbekalkan teknik pemprosesan baja tradisional daripada
tinja kambing yang diwarisi dari keluarga, kami telah mengkaji kesan penggunaan
baja yang telah diproses kepada Pokok-pokok buah-buahan, hiasan dan
sayur-sayuran. Alhamdulillah, daripada penggunaan baja yang telah dihasilkan
mengikut kaedah tradisional ini, menunjukkan kesan yang baik dan cepat kepada
tumbuhan. Keputusan positif dari pemerhatian yang telah kami jalankan,
memberikan keyakinan kepada kami bahawa baja berasaskan tinja kambing yang
dihasilkan mampu mendapat tempat dikalangan peminat tumbuh-tumbuhan. Kami amat
berharap melalui usaha yang telah kami jalankan ini, mampu mendapat perhatian,
sokongan dan bimbingan dari pihak-pihak yang terlibat dalam sektor ini, agar
produk yang kami hasilkan ini semakin berkualiti dan memberikan sumbangan dan
faedah yang besar terhadap sektor pertanian di Malaysia. InsyaAllah.
MISI DAN OBJEKTIF
Pengeluaran produk Baja Organik ini merupakan kesinambungan dari
perniagaan dan perusahaan yang telah dijalankan sejak tahun 2009 oleh NORRHISS
SHOP TRADING. Selain memberikan sumbangan kepada masyarakat melalui sektor
perkhidmatan yang sedia ada, pihak kami sedang
berusaha ke arah mengembangkan lagi perniagaan ini menerusi sektor industri
pertanian, penternakan dan teknologi hijau sehingga mampu mengeluarkan produk
yang terbaik mengikut keperluan pertanian semasa. Melalui pengeluaran Baja
Organik NORRHISS ini diharap :-
i.
Dapat memberikan kesan yang terbaik
kepada semua jenis tanaman
ii. Dapat meningkatkan pendapatan dan
prestasi perniagaan sehingga mampu bersaing
di peringkat antarabangsa,
iii.
Mampu memberikan sumbangan kepada
industri dan teknologi asas tani di Malaysia.
iv.
Mampu membuka peluang-peluang pekerjaan
kepada generasi muda setempat.
v.
Dapat menangani masalah pencemaran
bau dan gas ammonia di dalam kandang yang boleh membahayakan ternakan
vi.
Dapat menguruskan sisa buangan
ternakan menjadi bahan yang berfaedah kepada keperluan tanaman.
TESTIMONI
NORRHISS Baja Organik