SEKAPUR SIREH

TERATAK DARUSSALAM Agro Farm,
FELDA LUBUK MERBAU, PADANG TERAP, KEDAH.
merupakan sebuah ladang ternakan yang diintegrasikan dalam ladang kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Projek ini merupakan wawasan terakhir salah seorang PENEROKA FELDA LUBUK MERBAU, Allahyarham Hj Isa bin Abdullah (bapa pengusaha) yang berhasrat untuk menjadikan ladang pemberian FELDA kepadanya sebagai salah satu ladang ternakan dan pertanian komersil. Semoga impian murni ini mengiringi perjuangan kami ke arah memartabatkan ekonomi diri, keluarga dan seluruh ahli kumpulan niaga, InsyaAllah...

Selasa, 28 Februari 2017

YAHUDI TIPU KITA TENTANG DAGING KAMBING

DAGING KAMBING BAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNG
Oleh Wan Shahara Ahmad Ghazali
KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Entah mengapa ramai kalangan kita memilih menolak sajian daging kambing yang sering dipersalahkan sebagai penyebab masalah kolestrol dan darah tinggi yang kemudian dikatakan membawa kepada penyakit jantung.
Sedangkan pada masa kini, kambing menyediakan 63 peratus daripada bahan daging yang dimakan di seluruh dunia, termasuk menjadi sumber protein utama di kebanyakan negara Arab dan Afrika Utara, selain pemakanan penting di rantau Asia Tenggara, kepulauan Caribbean dan kawasan tropika yang lain.
Di Barat pula, daging kambing semakin mendapat publisiti meluas sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lembu, malah terdapat kajian mendapati ia lebih sesuai dimakan oleh penghidap masalah berkaitan jantung.
Kumpulan penyelidik Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn, misalnya, mengadakan program pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih sihat.
KOMPOSISI KHASIAT
Kajian yang dijalankan ACES berkenaan khasiat daging kambing matang berbanding lembu, kambing muda, bebiri, khinzir dan ayam mendapati bahawa daging yang dihasilkan oleh kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik.
Kesimpulan utama yang mereka dapati ialah kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.
Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).
Melihat daripada segi kalori pula, kambing mengandungi 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).
Selain itu, kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain. Ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemak tak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.
Kebaikan lain yang menjadikan daging kambing sebagai sumber protein ideal ialah ia mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh dan kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.
BAIK UNTUK JANTUNG
Kajian klinikal oleh Universiti Harvard pula, mengesahkan bahawa lemak tepu adalah lemak tidak sihat yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular, sedangkan lemak tidak tepu bagus untuk membantu membaiki paras kolestrol, melegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi kebaikan yang lain.
Mereka mendapati bahawa lemak tepu menyebabkan paras kolestrol tidak baik meningkat dalam darah sedangkan lemak tidak tepu pula membantu mengurang keburukan itu dengan menaikkan paras kolestrol baik.
Keburukan utama kolestrol tidak baik dalam darah ialah kemampuannya untuk melekat di dinding salur arteri dan menyebabkan plak yang menjadikan ruang salur darah sempit atau tersekat, yang seterusnya menyebabkan serangan jantung atau strok.
Lantas penemuan itu mengukuhkan lagi keyakinan ACES bahawa daging kambing boleh membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko atherosklerosis dan penyakit jantung menjadikannya sesuai dimasukkan ke dalam diet jantung sihat.
Sebagai galakan pemakanan daging kambing, ACES menggaris dua peraturan asas menyediakan masakan berasaskan kambing.
"Ini termasuk gunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan daging kambing cepat liat, peraturan kedua pula ialah memasak daging dalam kelembapan seperti peraman (marinade) basah sebelum dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari atau stew," lapor mereka.
SUSU BERKHASIAT
Semua kelebihan daging kambing daripada segi kesihatan itu diakui oleh penyelidik dari Jabatan Pertanian Universiti Babcock, Nigeria.
Malah, kumpulan penyelidik itu menekankan pentingnya nilai nutrisi kambing dalam aspek pengurusan kesihatan manusia sebagaimana yang dilaporkan menerusi artikel mereka yang diterbitkan dalam Jurnal Pertanian dan Kajihayat Amerika Utara.
Antara lain, artikel itu menyebut bahawa di Okinawa Jepun misalnya, ibu hamil dan yang baru bersalin digalakkan memakan daging kambing untuk menguatkan fizikal dan mengatasi keletihan.
Ia juga membincangkan betapa pentingnya susu kambing yang mempunyai komposisi yang lebih unik iaitu globular lemak lebih kecil dan mudah dihadam berbanding susu lembu.
"Ciri ini membolehkan susu kambing digunakan untuk merawat masalah alergi pada susu lembu, menjadikannya susu alternatif terbaik dan sangat penting kepada bayi, orang dewasa dan juga ibu yang menyusukan bayi," tambah laporan itu.
Selain itu, mereka mendapati kandungan zat mineral susu kambing adalah lebih tinggi berbanding mamalia lain menjadikannya amat berguna untuk merawat penyakit anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi dan penyakit tulang rapuh selain dilaporkan berguna dalam rawatan kencing manis.
Artikel itu menjelaskan tentang kebaikan susu kambing untuk kesihatan kulit, khususnya untuk membantu merawat penderita masalah seperti psoriasis, ek zema atau jerawat.
"Pakar dermatologi biasanya menggalakkan pesakit menggunakan sabun pembersih berpelembab berasaskan susu kambing untuk membantu melegakan kulit kering dan gatal dan seterusnya menyembuhkan penyakit kulit," kata laporan itu.
POTENSI PENTERNAKAN
Memandangkan terdapat banyak bukti saintifik berkaitan khasiat dan kebaikan daging serta susu kambing yang semakin diketahui ramai, maka tidak mustahil permintaan bekalan global akan melonjak naik dalam waktu terdekat.
Malaysia dilihat amat berpotensi untuk muncul sebagai pengeluar kambing bagi memenuhi permintaan itu berdasarkan kesesuaian keadaan iklim negara yang panas dan lembab sepanjang tahun.
Penternakan kambing meskipun dimulai secara kecil-kecilan tetap mampu mencapai kejayaan yang tinggi memandangkan kambing matang dengan cepat dan membiak seawal usia lapan bulan.
Lagipun, pemakanan kambing tidak cerewet dan boleh dibiarkan bebas meragut rumput dan tumbuhan renek belukar di kawasan kampung selain najisnya yang lebih kecil dan tidak sebusuk najis lembu.
Walaupun satu ketika dulu, pe
nternakan kambing di Malaysia lebih sinonim dengan kaum India yang memang gemarkan sajian kambing terutamanya masalla, trend itu mula berubah kebelakangan ini.
Kini, semakin ramai pengusaha muda Melayu termasuk lepasan ijazah yang menjadikan kambing sebagai sumber rezeki khususnya bagi memenuhi permintaan untuk majlis akikah dan korban Hari Raya Aidiladha.
Tambahan pula, kerajaan telah banyak mengadakan pelbagai galakan untuk pengusaha muda membangunkan diri menjadi usahawan kambing yang berjaya sekaligus memajukan industri penternakan kambing untuk membantu menjana ekonomi kawasan luar bandar.
Ini sekaligus menggalakkan percambahan ladang penternakan daripada pelbagai baka dan hibrid kambing, menyediakan pelbagai peluang kerja kepada anak muda dan membantu menjana ekonomi luar bandar tanpa banyak risiko.
--BERNAMA

Sabtu, 21 Jun 2014

TOKOH USAHAWAN ISLAM: Saidina Abdul Rahman Bin Auf

Abdul Rahman bin Auf merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang hartawan namun tetap zuhud. Beliau telah banyak  membelanjakan harta kekayaannya ke jalan agama. Beliau adalah seorang usahawan yang termasyhur ketika itu (seorang bilionair jika dibandingkan dengan zaman sekarang). Abdul Rahman bin Auf juga adalah seorang saudagar dan usahawan termasyur yang telah dijanjikan syurga. Beliau sangat banyak menyumbangkan hartanya pada jalan Allah. Apabila diminta untuk menderma, pasti tidak akan ditolaknya.
Berikut adalah tips perniagaan yang boleh kita ambil dari seorang korporat Islam yang amat tersohor dalam bidang perniagaan iaitu Saidina Abdul Rahman Bin Auf:
SIKIT TAPI UNTUNG
Salah satu perniagaan yang dijalankan oleh beliau adalah perniagaan unta. Beliau berjaya mendominasi perniagaan unta ini yang sebelum itu telah pun didominasi oleh kaum Yahudi. Persoalannya, bagaimana Abdul Rahman bin Auf mampu mematahkan strategi kaum Yahudi?
Konsepnya mudah, untung sedikit tetapi dalam kuantiti yang banyak. Setibanya Saidina Abdul Rahman berhijrah dari Mekah ke Madinah, beliau ditawarkan oleh seorang saudaranya yang baru sama ada mahu memiliki kekayaan atau isterinya, namun beliau lantas memilih agar ditunjukkan sahaja di mana letaknya pasar.
Dari situ, beliau memulakan perniagaan menjual unta. Harga unta yang dijual hanya 1000 dirham (tiada untung kerana harga kos unta adalah 1000 dirham juga!).  Beliau hanya mengambil untung atas jualan tali yang mengikat unta tersebut! Bayangkan beliau dapat menjual 1000 ekor unta dalam masa sehari sahaja.
Beliau langsung tidak mengambil keuntungan dengan hasil jualan unta, namun apabila ditanya kepada beliau, beliau menjawab:
Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”.
Dari situlah datangnya keuntungan beliau berniaga. Tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam- macam warna. Jarang orang lain yang berniaga unta dapat menandingi kelebihan beliau berniaga.
Sebenarnya, pada zaman ini ramai peniaga-peniaga yang menggunakan strategi ini, lebih-lebih lagi peniaga yang mempunyai modal pusingan yang besar.
Ramai peniaga-peniaga terutamanya kedai-kedai borong yang menjual pada harga rendah bagi barangan yang biasa dibeli pengguna, namun secara ‘tersembunyi’ menaikkan harga bagi sesetengah barangan mereka.
Pembeli yang sudah ‘kerasukan’ membeli barangan mereka pasti akan tidak sedar bahawa sesetengah barangan mahal pula harganya, namun tetap berbelanja dengan alasan ‘malas’ untuk pergi ke kedai lain.
Strategi ini jarang sekali dilakukan oleh para peniaga. Tidak ramai yang berani mengambil risiko ini kerana jika tersilap langkah, kerugian besar yang menanti peniaga.
Selain itu, Saidina Abdul Rahman bin Auf pernah ditanya tentang apakah strategi perniagaannya yang lain sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?

BERSYUKUR WALAUPUN UNTUNG SIKIT
“Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit.”
Frasa di atas sangat memberikan kesan yang positif bagi para usahawan dalam mengatur strategi perniagaan. Jangan sesekali ambil mudah soal keuntungan yang bakal diambil dari pembeli, dan jangan pula mengambil mudah soal halal dan haram dalam perniagaan.
Sebagai contoh, sekiranya kita mempunyai kos tanggungan seperti kos penghantaran, kita harus bijak mengira kos supayakeuntungan dapat ditampung walaupun kos penghantaran produk biasanya tidaklah seberapa. Dari segi halal haramnya, jangan pula ada unsur-unsur riba dalam menguruskan perniagaan.
JANGAN SEKSA PELANGGAN
“Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta.”
Sekiranya ada permintaan, beliau akan sedaya upaya mendapatkan barangan yang diminta oleh pelanggan. Strategi ini boleh diaplikasikan dalam perniagaan yang dijalankan. Ada segelintir usahawan yang bersikap ‘malas’ dan mengambil mudah perkara ini.
Sekiranya pelanggan bertanyakan tentang sesuatu barangan, peniaga hanya membiarkan pelanggan berlalu pergi dengan menyatakan, “Barang yang diingini tidak dijual disini”.
Peniaga yang bijak tidak akan mudah ‘melepaskan’ pelanggan seperti ini, sebaliknya akan berusaha sedaya upaya mendapatkan bekalan barangan yang diminta dari jaringan rakan-rakan perniagaannya yang lain.
SILA BAYAR TUNAI
“Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran.”
Abdul Rahman bin Auf tidak mengamalkan cara tangguhan bayaran yang rata-rata ramai dikalangan para peniaga yang mengamalkan teknik ini. Beliau menjalankan urusniaga dalam bentuk tunai.
Sebenarnya dengan mempercepatkan bayaran, peniaga akan mendapat pusingan modal dengan lebih cepat, dan mudah untuk digunakan bagi membeli barangan yang baru untuk dijual.
Seterusnya timbul pula persoalan mengapa Pasar Ansar kepunyaan Rasulullah SAW di Madinah mencipta sejarah menang besar dalam persaingan perniagaan dengan peniaga yahudi atau orang bukan Islam Madinah?
Rahsianya penting yang harus peniaga Islam ketahui ialah setiap malam yang sepi waktu dinihari, para pelaksana perniagaan diketuai oleh Saidina Abdul Rahman bin ‘Auf r.a. sendiri akan bermunajat kepada Allah dan Rasul, untuk menyokong dan memberi kerjasama dalam perniagaan mereka.
Mereka semua melakukan solat hajat, berdoa, taubat, zikir wirid, membaca Al-Quran, selawat dan lain-lain ibadah sampingan demi mendapatkan Tuhan sebagai penolong dan pemimpin. Maka jatuhlah ke hati mereka mukjizat Rasulullah SAW mengajarkan bagaimana perniagaan menurut Islam atau cara berniaga yang disuruh Allah SWT.
Mereka akhirnya dapat menawan hati penduduk kota Madinah. Para penduduk mula beralih daripada peniaga yahudi kepada peniaga pimpinan Abdul Rahman bin auf r.a. Beliau memupukkan rasa kasih sayang sesama peniaga dan para pelanggan.
Rindu untuk duduk bersama Rasul dan para sahabat membuatkan orang Madinah akhirnya berpusu-pusu membeli di Pasar Ansar. Maka akhirnya peniaga yahudi mula meninggalkan kota Madinah.
Begitulah kehebatan strategi perniagaan yang diamalkan Abdul Rahman bin Auf yang harus dijadikan contoh kepada kita lebih-lebih lagi sebagai peniaga. Hamka amat tertarik dengan jawapan yang telah diberikan oleh Abdul Rahman bin Auf.
Jika ada yang bertanya tentang rahsia perniagaannya, Abdul Rahman bin Auf menjawab;
“Aku tidak menjual barang-barang cacat, aku merasa cukup dengan untung yang sedikit kerana aku tahu Allah memberkati..”
Kehebatan beliau dalam perniagaan tidak dapat disangkal lagi. Sejarah pernah merekodkan bahawa beliau pernah menjual seribu ekor unta dalam masa sehari sahaja. Beliau menjualnya dengan harga yang murah, beliau hanya mengambil untung atas tali yang mengikat unta sahaja

USAHA SECARA BERTERUSAN
Kita lihat kekuatan jiwa yang dimiliki oleh Saidina Abdul Rahman dalam berniaga. Dalam peristiwa Hijrah, beliau sanggup tinggalkan kekayaan semata-mata menyahut seruan Hijrah. Namun, beliau cepat-cepat berusaha mengubah nasib diri setibanya di Madinah berbekalkan modal yang ada. Kita juga harus bersikap sedemikian, jangan mudah mengalah jika bankrup atau gulung tikar.
KEYAKINAN YANG JITU PADA ALLAH S.W.T
Orang beriman dan bertakwa yang kaya adalah mereka yang senantiasa memiliki keyakinan bahawa segala usaha yang mereka kerjakan pasti mendapat keberhasilan tidak kira cepat atau lambat, sedikit atau banyaknya untung.
Kesimpulan ringkas yang dapat dibuat daripada strategi perniagaan Abdul Rahman bin Auf:
1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita. Dengan itu, keuntungan masih kita perolehi. Rezeki masih menyebelahi kita walaupun sedikit.
2. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dahulu sehingga kini, kelajuan dan kepantasan menangani masalah dan pelanggan dalam perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi. Pelanggan pula akan suka kepada peniaga sebegini. Dengan memudahkan urusan pelanggan, besar kemungkinan pelanggan akan melanggan buat kali kedua dan seterusnya.
3. Urus niaga haruslah dijalankan dalam tunai sahaja. Di mana ia akan menguntungkan kedua belah pihak samada pelanggan mahupun peniaga.

Khamis, 19 Jun 2014

PEMBEKAL TANAH HITAM

Kami turut mengeluarkan Tanah untuk Tanaman (Gardening soil)
Untuk Tempahan:
Call/sms/whatsapp:0135915711

Kepentingan Pembajaan Tanaman

Menanam pokok sama seperti menternak haiwan... Selain dari makanan yang sedia ada, Makanan tambahan yang berkhasiat diperlukan untuk tumbesaran... Apa akibatnya jika membela burung didalam sangkar tanpa memberi makanan... Matikannn??? Kejamkannn??? Begitu juga tanaman berpasu @ di dalam bekas... Ibarat burung didalam sangkar... Tanpa makanan dan minuman pastinya akan kurus dan kurus akhirnya akan mati... Makanan juga perlu bersesuaian... Sebaiknya bebas dr bahan kimia... Manusia pun jika kelebihan bahan kimia dalam makanan akan berhadapan dengan pelbagai penyakit yang berbahaya... Justeru, jelas lah... setiap benda hidup yang Allah SWT ciptakan memerlukan makanan dan minuman utk meneruskan kelangsungan hidup..
KAEDAH PEMBAJAAN TANAMAN

Jumaat, 14 Februari 2014

NORRHISS Baja Organik


PENDAHULUAN

Pemprosesan dan pengeluaran baja organik yang berasaskan tinja kambing merupakan salah satu penghasilan produk hiliran daripada Projek Ternakan Kambing yang telah diusahakan sejak Ogos 2012. Lokasi projek bertempat di Ladang Kelapa Sawit milik keluarga di Felda Lubuk Merbau, Mukim Tekai Kiri, Padang Terap, Kedah. Berbekalkan teknik pemprosesan baja tradisional daripada tinja kambing yang diwarisi dari keluarga, kami telah mengkaji kesan penggunaan baja yang telah diproses kepada Pokok-pokok buah-buahan, hiasan dan sayur-sayuran. Alhamdulillah, daripada penggunaan baja yang telah dihasilkan mengikut kaedah tradisional ini, menunjukkan kesan yang baik dan cepat kepada tumbuhan. Keputusan positif dari pemerhatian yang telah kami jalankan, memberikan keyakinan kepada kami bahawa baja berasaskan tinja kambing yang dihasilkan mampu mendapat tempat dikalangan peminat tumbuh-tumbuhan. Kami amat berharap melalui usaha yang telah kami jalankan ini, mampu mendapat perhatian, sokongan dan bimbingan dari pihak-pihak yang terlibat dalam sektor ini, agar produk yang kami hasilkan ini semakin berkualiti dan memberikan sumbangan dan faedah yang besar terhadap sektor pertanian di Malaysia. InsyaAllah.
  
  
MISI DAN OBJEKTIF

Pengeluaran produk Baja Organik ini merupakan kesinambungan dari perniagaan dan perusahaan yang telah dijalankan sejak tahun 2009 oleh NORRHISS SHOP TRADING. Selain memberikan sumbangan kepada masyarakat melalui sektor perkhidmatan yang sedia ada, pihak kami  sedang berusaha ke arah mengembangkan lagi perniagaan ini menerusi sektor industri pertanian, penternakan dan teknologi hijau sehingga mampu mengeluarkan produk yang terbaik mengikut keperluan pertanian semasa. Melalui pengeluaran Baja Organik NORRHISS ini diharap :-
i.                   Dapat memberikan kesan yang terbaik kepada semua jenis tanaman
ii.            Dapat meningkatkan pendapatan dan prestasi perniagaan sehingga  mampu bersaing di peringkat antarabangsa,
iii.             Mampu memberikan sumbangan kepada industri dan teknologi asas tani di Malaysia.
iv.              Mampu membuka peluang-peluang pekerjaan kepada generasi muda setempat.
v.                 Dapat menangani masalah pencemaran bau dan gas ammonia di dalam kandang yang boleh membahayakan ternakan

vi.              Dapat menguruskan sisa buangan ternakan menjadi bahan yang berfaedah kepada keperluan tanaman.


TESTIMONI
NORRHISS Baja Organik


















Rabu, 10 Julai 2013

TEMPOYAK DURIAN

TEMPOYAK DURIAN


Waaaa...tempoyak...!!!
anda makan tempoyak???
Hmmm.. kalau orang2 Negeri Sembilan dan Perak, memang memang satu kemestian, kalau tak makan boleh buang negeri katanya. 
Tempoyak ialah durian yang diperam hingga menapai dan menjadi rasa sedikit masam. Ada pelbagai teknik membuat tempoyak. Kalau kita guna durian bagus, sudah pasti rasanya pun sedap. Ada yang mencampurkan sedikit garam dan gula, ada juga yang meletakkan sedikit serbuk kunyit. Tapi, jika kita guna durian yang baik, hanya perlu penambahan sedikit saja bahan2 perisa, ini kerana rasa durian itu sendiri sudah memadai. Apa2 pun selera kita, jadi terpulang apa gaya sekali pun, yang penting, kena pada citarasa masing2. 


BAHAN-BAHANNYA :-

-Isi durian secukupnya

-Sedikit gula*(ditabur pada permukaan isi durian)


CADANGAN MENU :-
Tempoyak satu bahan yang versatile. 
Boleh dimasak dalam pelbagai cara, lemak cili padi, pais dan macam2 lagi. Selalunya tempoyak kalau dimakan mentah, kita makan dengan cili tumbuk macam dalam gambar tu siaa.. Cili merah + cili padi + sedikit garam = tumbuk halus. Tak payah letak belacan. Makan dengan nasi panas. Hmmm...

Masak Lemak Tempoyak

Nasi Lemak Sambal Tempoyak

Sambal Tempoyak Budu


UNTUK TEMPAHAN STOK:-
call/sms : 0135915711/0195193969

Harga Pasaran:-
Pack 200g = RM 5.00
Pack 350g =RM 8.00
Pack 500g =RM12.00

Isnin, 8 Julai 2013

PATI DURIAN FROZEN

PATI DURIAN FROZEN

PATI DURIAN BEKU merupakan produk terkini yang cuba dikomersilkan oleh pihak kami. Produk ini dihasilkan dari durian segar melalui proses pengasingan isi durian dan bijinya. Buah Durian yang telah diasingkan isinya dan dibekukan bagi memastikan kesegarannya terpelihara dan tidak masam seperti tempoyak. Ia juga merupakan perisa durian yang asli dan sesuai untuk semua jenis masakan.


CADANGAN MENU

Bubur Durian (Serawa Durian)
- Sesuai dimakan bersama pulut, nasi, roti dan enak dimakan begitu saja

Kek Cawan Durian 

Kek Berperisa Durian

UNTUK TEMPAHAN STOK:-
call/sms/whatsapp: 0135915711

Harga Pasaran:-
Pack 200g = RM 7.00
Pack 350g =RM 10.00
Pack 500g =RM14.00
(stok adalah terhad/pengedar diperlukan)